Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Teruja dapat sentuhan Watson
  • SUKAN

Teruja dapat sentuhan Watson

Utusan Sarawak 3 years ago

TERIMA KASIH… Affandi Rumpa (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Watson Nyambek pada penghujung
program Program Kecemerlangan Atlet KEJORA MRSM Zon Sarawak di UNIMAS Kuching, baru-baru ini.

ATLET-ATLET Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Zon Sarawak teruja apabila mereka mendapat sentuhan bekas jaguh pecut negara baru-baru ini.

Kelibat Watson Nyambek  sememannya  saat yang amat istimewa buat para atlet berkenaan kerana pencapaiannya dalam acara tersebut masih antara yang terbaik setakat ini.   

Beliau merupakan fasilator yang mengendalikan Sesi Latihan Pusat Zon Sarawak bagi pelajar-pelajar  yang mewakili MRSM Zon Sarawak pada Kejohanan Olahraga (KEJORA) MRSM Se- Malaysia ke-8 yang kini berlangsung di Melaka.

Pada sesi latihan  dua hari baru-baru ini yang berlangsung di Padang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kuching, Watson dibantu oleh empat jurulatih iaitu  Zaida, Firdaul Lastli, Vincent dan Priscilla.

Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Mukah, Affandi Rumpa, yang bersama pelajar MRSM dari Mukah  menganggap  atlet MRSM Zon Sarawak yang terllbat dalam sesi tersebut sebagai bertuah kerana mendapat tunjuk  ajar daripada jaguh pecut negara seperti Watson.

“Pelajar-pelajar kami sangat beruntung kerana mendapat ilmu dan menimba pengalaman  yang berguna daripada seorang jaguh. Latihan itu mendedahkan kepada mereka teknik latihan yang  bertaraf Olimpik,” ujarnya.

Selain itu, ujar Affandi  para atlet MRSM Zon Sarawak berkenaan juga mendapat suntikan  motivasi  ke arah mencapai kejayaan dalam bidang sukan itu.

“Program Kecemerlangan atlet KEJORA MRTSM Zon Sarawak merangkap latihan ini juga memberi fokus terhadap  keserasian dan latihan terakhir sebelum turun ke trek balapan,” kata beliau lagi.

Affandi mendedahkan  terakhir program tersebut  ialah  perkongsian maklumat dan pengalaman di kalangan atlet yang terlibat.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Berjaya ‘tebus’ semula kekalahan
Next: Sasaran enam emas tercapai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.