CUBA BAKAT… Kakak Emie kelihatan sedang membuatkan sangkar dengan paip buluh PVC.
KERANA terlalu sayang dengan kucing seorang pelajar memaksa kakaknya untuk membuat sangkar yang lebih besar untuk menempatkan kucing-kucing peliharaannya
Langkah itu diambil kerana sangkar-sangkar yang sediaada tidak sesuai lagi dan terlalu sempit untuk kucing betina yang dipeliharanya kerana kedua-dua haiwan tersebut sudah beranak.
Perkara itulah yang dilakukan oleh Emie Hennie yang kini mempunyai sejumlah 12 ekor kucing, dengan lapan baru berusia sekitar sebulan.
Oleh yang demikian si kakak terpaksa memeras otak untuk memikir macam mana hendak membuatnya walaupun pada hakikat ia bukanlah kerja seorang perempuan.
Untuk tidak mengewakan adiknya itu, si kakak terpaksa membuat prancangan selama tiga hari untuk memikir bahan-bahan yang perlu digunakan.
Dan akhirnya dia dan adiknya itu telah bersepakat untuk menggunakan buluh paip (pvc pipe) sebagai bahan utama untuk membuat sangkar bersaiz berganda daripada dua sangkar yang digunakan sebelum ini.
Ia juga memakan masa selama tiga hari untuk menyiapkannya kerana mereka hanya menggunakan sekitar tiga jam sehari.
Disebabkan itu bukan bidang atau umumnya bukan pekerjaan `jenis Hawa’, ia tidak berjalan lancar seperti yang dijangka terutama dari segi perolehan bahan binaan kerana sentiasa ada sahaja kekurangan.
Situasi itu telah menyaksikan si adik dan kakak berulang kali pergi ke Kedai Bahan Binaan `Hard ware’ untuk mendapatkan buluh pipe termasuk alat penyambungnya.
“Oleh kerana kami bukanlah pakar dalam peralatan buluh paip ini, kami terpaksa `google’ untuk melihat macam mana itu sangkar yang lebih simple atau mudah untuk dibuat secara amatur,” ujarnya lagi.
Selain itu, ujar Emie lagi, selain prihal bahan mereka juga memerlukan peralatan pemotong iaitu gergasi besi dan juga pengikat `Cable Tie’.
“Selepas rangkanya sudah siap, kita juga berbincang untuk membuat dinding dan lantai sangkar kucing itu. Kita harus berhati-hati dan jika kita mengguna yang berdawai keras mungkin boleh mencederakan anak-anak kuching, terutama sekali bagi kita yang tidak arif tentang sangkar haiwan peliharaaan seperti ini. Jadi kita memilih untuk menggunakan `material’ yang agak lembut namun tahan,” katanya lagi.
Pada hari pertama, mereka memotongkan buluh paip itu mengikut ukuran yang dikehendaki bagi tiang dan palang, sebagai rangka utama.
“Oleh kerana PVC paip ini mempunyai pelbagai saiz dan penyambung ( connector), jadi kerja memasang itu tidaklah terlalu sulit. Namunpun sedemikian, ia tidak terus siap kerana ada aja yang kurang, menyebabkan kakak saya untuk pergi ke kedai Hardware lagi,” katanya.
Selepas rangka sudah siap, katanya, barulah mereka memasang dinding-dinding dan bahagian atas sangkar tersebut.
Pelajar sebuah sekolah menengah di Mukah itu mendedahkan bahawa selepas struktur utama selesai dan sangkar sudah berdinding, kerja yang juga memeningkan kepala ialah macam mana hendak membuat pintu.
“Kami mencuba pelbagai jenis pintu terutama sekali macam mana nak membukanya, sama ada pintu `sliding door’ atau yang biasa sahaja. Akhirnya kita bersetuju untuk membuatkan yang biasa sahaja kerana ia lebih mudah tidak memerlukan jalur untuk menutupnya. Selepas pintu sudah dibuat, satu lagi masalah yang harus difikirkan macam mana nak menahan atau mengunci pintu itu,” tambah beliau.
Selepas mencuba pelbagai `cara’, katanya lagi, mereka telah menggunakan konsep yang paling mudah ia itu dengan menggunakan palang buluh paip yang lebih kecil dengan kedua hujungnya dimasuk dalam buluh paip yang lebih besar sebagai penahannya.
“Buluh paip yang lebih besar di tempat di kedua dua belah pintu, dan buluh yang lebih kecil di palangkan dengan hujungnya dimasuk pada buluh paip yang tepi pintu itu. Syukur setakat ini ia masih bertahan. Dan saya percaya sekiranya jumlah kucing bertambah kami akan `improvised’ membuat yang lebih bagus lagi, dan setakat ini saya rasa okay. Kakak saya menyatakan oleh kerana tidak menggunakan sebarang gam, ia boleh dicabut dan disambung semula jika mahu menjadi ia lebih besar kelak,” katanya lagi.
Adalah difahamkan semenjak kucing-kucing itu dipindahkan dalam sangkar tersebut sekitar seminggu yang lalu, haiwan kelihatan begitu selesa.
Ibu-Ibu kucing ini adalah kucing liar yang datang ke rumah, dan kerana merasa kasihan melihatnya Emie memberi ia makan dan selepas itu terus tidak mahu pulang daripada kawasan rumah tersebut.
Oleh HENRY B SIYU