LIONG CHAI LING
MIRI: Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 di pasar raya di bandar raya ini memuaskan, kata Datuk Lee Kim Shin merupakan menteri bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, semalam.
Terdahulu, Lee bersama ahli-ahli JPBB serta pasukan penguatkuasaan telah turun padang bagi memantau aspek pematuhan SOP pencegahan penyakit tersebut di Kompleks Pasar Raya Boulevard di sini.
“Berdasarkan pemantauan ini, pematuhan SOP Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencena Negeri Sarawak (JPBNS) dapat dilihat dalam urusniaga di pasar raya ini (Boulevard).
“Amalan penjarakkan sosial, pemeriksaan suhu badan serta penggunaan cecair pembasmi kuman dilakukan kepada semua pelanggan yang memasuki pasar raya ini,” kata Lee yang juga merupakan Menteri Pengangkutan dalam satu kenyataan semalam.
Turut hadir, Pemangku Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri, Morshidi Fredick dan Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Miri, Leftenan Mohd Hazle Shah Abdul Hamid.