Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MSL medan cari atlet pelapis
  • SUKAN

MSL medan cari atlet pelapis

Utusan Sarawak 3 years ago

UNTUK ALBUM… Datuk Gerald Rentap Jabu sempat merakam gambar bersama pemain terlibat.

TIMBALAN Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu menyifatkan, penganjuran Liga Sukan Malaysia (MSL) 2022 Peringkat Negeri Sarawak sebagai langkah yang amat tepat.

Dengan imbuhan yang diperolehi dapat merancakkan lagi transformasi pembangunan sukan di negeri ini.

“Saya percaya adanya program seperti ini (MSL)  akan memberi ruang untuk mengenal pasti bakat baharu yang berpotensi untuk diketengah ke peringkat lebih tinggi,” ujar Rentap

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Bola Jaring, Liga Sukan Malaysia (MSL) 2022 Peringkat Negeri Sarawak di Arena Tuanku Haji Bujang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kota Samarahan semalam.

Menurut Rentap, mengambil kira adanya penglibatan golongan remaja dan belia mewakili pasukan masing-masing.

“Secara tidak langsung, ia pendekatan terbaik kepada Sarawak dalam menyedia atlet pelapis bagi menghadapi pelbagai kejohanan berprestij,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Rentap yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar menggesa pemain terlibat dengan kejohanam itu sentiasa fokus bagi memastikan keputusan terbaik dapat diperolehi.

“Kita percaya semua pemain terlibat akan cuba menampil aksi terbaik masing-masing dalam usaha mencetak kemenangan,” jelas beliau lagi.

Kejohanan terbabit berlangsung dua hari dan pasukan yang bertanding mewakili bahagian seperti Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengarah Jabatan Belia & Sukan (JBS) Negeri Sarawak, Ronnie Boniface Nugi dan Pengarah
Arena Tun Tuanku Haji Bujang, UNIMAS, Zambari Haji Baijuri.

Oleh FATIN SHAHREZA

Continue Reading

Previous: Lahirkan ramai atlet berpotensi
Next: Bekas pemain KCFC perkuat Saratok FA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.