LENGANG… Suasana Medan Niaga Satok yang kurang meriah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
KUCHING: Sambutan Aidiladha dijangka akan disambut dengan sederhana di Sarawak apabila pengunjung di sekitar Medan Niaga Satok kelihatan tidak seramai sebelumnya.
Kenaikkan harga sedikit sebanyak merencatkan sambutan perayaan Aidiladha tahun ini.
Menurut salah seorang peniaga, Bazlan Mahmud, bukan sahaja pelanggan yang terkesan dengan kenaikkan harga barang malah para peniaga juga menanggung kesan daripada kenaikkan harga barang.
“Tidak dinafikan kenaikkan harga barang mungkin akan merencatkan sidikit sambutan Perayaan Hari Raya Haji. Tapi ianya terpulang dengan kemampuan individu itu sendiri.
“Kenaikkan harga barangan ini mungkin akan memberi kesan terhadap sambutan perayaan bagi individu yang kurang berkemampuan, tetapi untuk yang berkemampuan mungkin fenomena ini tidak merencatkan perancangan mereka untuk menyambut Hari Raya Haji dengan meriah.
Menurut seorang pelanggan, Ahmad Madhi Basri, kenaikkan harga barang memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Saya sekeluarga akan menyambut Hari Raya Haji dengan ala kadar. Jawabnya kepada pemberita ketika dintanya soalan mengenai sambutan Hari Raya Haji.
“Dengan kenaikkan gaji minimum, sudah tentulah harga barangan turut melonjak. Tidak ada apa-apa yang kita mampu lakukan kecuali berjimat-cermat dan bersederhana bagi mengawal pembelanjaran.
“Lagi-lagi bagi golongan B40, kenaikkan harga barang ini sudah pasti memberi kesan yang mendalam terhadap kemeriahan sambutan Hari Raya Haji dan hari perayaan lain. Jawabnya ketika ditemubual oleh pemberita di Medan Niaga Satok, semalam.
“Namun saya tetap bersyukur kerana kita dibenarkan melakukan ibadah qurban seperti sedia kala setelah dua tahun tidak merasai suasana ibadah qurban,” jawabnya ketika ditemubual oleh pemberita di Medan Niaga Satok, semalam.
Oleh SHAHRUL QAIZAT