PEMAKAIAN PANGKAT… Abdul Jalal Zaidi Abdul Majid merasmikan majlis pemakaian pangkat.
tugas hakiki dalam menjaga keselamatan negara, namun begitu keselamatan dalam negeri juga mereka akan turut menyumbang dan memberikan bantuan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Briged Ke-31 Infantri yang ke-7 di Kem Junaco di sini, semalam.
Dalam pada itu, Abdul Jalal berkata, Briged Ke-31 Infantri berkemungkinan akan ditempatkan di Bintulu pada masa akan datang.
“Ini adalah kerana, Bintulu juga dilihat sebagai salah satu aset terpenting di Sarawak yang harus diberi tumpuan dari segi keselamatannya,” katanya.
Beliau menambah, seperti yang telah dinyatakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Bintulu menjadi satu lokasi yang amat penting di Sarawak.
“Jadi, tumpuan tentera juga begitu… maka kemungkinan Briged Ke-31 Infantri akan ditempatkan di Bintulu,” katanya.
Sementara itu, bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun tersebut, satu perbarisan yang melibatkan 18 pegawai dan 172 anggota lain-lain pangkat juga turut diadakan.
Semasa majlis perbarisan tersebut, Abdu Jalal juga turut menyempurnakan majlis pemakaian pangkat untuk dua orang pegawai dan 20 anggota pangkat-pangkat lain.
Terdahulu, Abdul Jalal berkata Briged Ke-31 Infantri Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Julai 2015 di Markas Tentera Darat 2, Kuala Lumpur dan kemudian markas Briged ini telah diaturgerakkan ke Kuching pada 10 Februari 2016 dan seterusnya berpindah ke Kem Junaco, Sibu pada 22 Januari 2017.
Oleh RAIHAN OMERA KAUSAR