GENEVA: Menteri-menteri sibuk tawar-menawar sepanjang malam hingga Khamis di Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO) dalam usaha untuk menyelamatkan perjanjian keselamatan makanan, perikanan serta memerangi Covid-19.
164 ahli badan perdagangan global itu menambah tempoh rundingan sehingga ke hari kelima bagi memecahkan kebuntuan yang mencengkam ibu pejabat WTO di Geneva.
Tetapi walaupun melonggarkan tarikh akhir hari Rabu asal mereka, negara-negara berdagang konsesi sepanjang waktu awal pagi untuk mengumpulkan satu set keputusan yang luas.
Negara-negara sudah mencapai tempoh akhir cuba mendapatkan setiap perjanjian berasingan atas meritnya sendiri, jadi kini membuat tawaran tit-for-tat dalam usaha untuk memastikan semuanya bertahan.
“Mereka melihat pada pakej yang luas: apa yang boleh dicapai, pertukaran di kawasan yang berbeza,” kata seorang pegawai perdagangan Geneva kepada pemberita.
“Pada asasnya, ‘apa yang saya boleh dapatkan di sini, sebagai pertukaran untuk ini’,” kata pegawai itu.
“Kami memasuki bahagian tawar-menawar sebenar mesyuarat itu. Di sinilah semua tindakan berlaku dan mudah-mudahan di mana beberapa tawaran akan dicapai.”
Wakil perdagangan Amerika Syarikat (AS), Katherine Tai turut dilihat keluar masuk ke dalam rundingan hingga larut malam.
“Ia akan berjalan sepanjang malam. Ramai kelihatan letih. Mereka sedang berunding, ini satu berita baik,” kata pegawai itu.
WTO berharap dapat membuktikan mereka masih mempunyai peranannya untuk menangani cabaran global yang besar.
Ketua Pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala, yang mengambil alih pada Mac 2021, mengetuai kepemimpinannya untuk memberi nafas baharu kepada organisasi itu.
“Kemajuan sedang dibuat tetapi ia memerlukan kerja yang lebih dan lebih banyak masa. Ia memerlukan kita bekerja dan bekerja sehingga malam, apa saja yang diperlukan,” kata Okonjo-Iweala.
Persidangan menteri WTO terakhir, adalah pada Disember 2017 di Buenos Aires, namun dianggap gagal, selepas diakhiri tanpa perjanjian besar dan Okonjo-Iweala tidak mahu ianya berulang.
Badan perdagangan global itu hanya mengambil keputusan secara konsensus dalam kalangan semua 164 ahli, menjadikan urus niaga lebih sukar untuk dibuat.
Rundingan ke arah mengharamkan subsidi yang menggalakkan penangkapan ikan berlebihan dan mengancam kemampanan stok ikan di bumi dibincangkan di WTO selama lebih dua dekad.
Diplomat berkata, perjanjian sekarang lebih singkat berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun India pada Selasa lalu menegaskan mereka tidak akan menyertainya tanpa pengecualian selama 25 tahun, jauh lebih lama berbanding tempoh lebih selesa yang diterima kebanyakan anggota.
Beberapa individu yang keluar dari bilik rundingan menyalahkan ketidaktegasan India bukan saja kepada isu perikanan tetapi secara menyeluruh.
Satu sumber diplomatik yang rapat dengan rundingan itu berkata, persoalannya sama ada mereka benar-benar mahu menggagalkan keseluruhan perjanjian itu atau mereka bersedia untuk mengikut pandangan majoriti ahli.
Mengenai penangkapan ikan, sumber itu menambah, “Sekarang adalah masanya ,masyarakat sivil mahukan ini, komuniti nelayan mahukannya, dan ikan kita memerlukannya,” katanya.
“Ada perkara menuju ke arah yang betul dan yang lain-lain malangnya tidak begitu berkembang,” kata Menteri Perdagangan Luar Perancis, Franck Riester.
Mesyuarat peringkat menteri juga membincangkan kemungkinan mengenakan pelucutan sementara ke atas paten vaksin Covid-19.
Namun sesetengah negara yang menjadi tuan rumah kepada syarikat farmaseutikal utama, seperti Britain dan Switzerland, mendapati beberapa perkataan bermasalah dalam draf dicadangkan.
Aktivis masyarakat sivil pula mengadakan protes di atrium WTO, menuduh Kesatuan Eropah, Britain, Switzerland dan Amerika Syarikat (AS) sudah menghapuskan pelucutan harta intelek Covid-19.
“Cadangan di atas meja bertujuan untuk menyelamatkan reputasi WTO namun ia tidak akan menyelamatkan nyawa manusia daripada wabak itu,” kata penganjur demonstrasi itu, Deborah James.
Menteri Ekonomi Switzerland, Guy Parmelin menegaskan beliau tetap menentang pelucutan yang meluas, sambil menambah, paten sebaliknya tidak memperlahankan akses kepada vaksin. – AFP