KUCHING: Sarawak bakal menjadi tuan rumah Forum Perniagaan Muslim Global 2022 selama dua hari dari 19 hingga 20 Oktober 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, forum ini akan menonjolkan kekuatan Sarawak dalam tenaga boleh diperbaharui, ekonomi baharu seperti pengeluaran hidrogen dan sektor petrokimia.
“Antara sorotan utama forum itu termasuk pelancaran Majlis Pemimpin Perniagaan Muslim Global untuk menggalakkan kerjasama perniagaan yang lebih erat di kalangan perniagaan terutamanya selepas pandemik global.
“Sorotan utama forum itu termasuk pelancaran Majlis Pemimpin Perniagaan Muslim Global untuk menggalakkan kerjasama perniagaan yang lebih erat dalam kalangan perniagaan terutamanya selepas pandemik global,” katanya menerusi kenyataan media.
Bertemakan ‘Kebangkitan Ekonomi Islam Global: Memfokus Semula, Menetapkan Semula dan Memulih Dalam Era Pasca Pandemik’ bertujuan menggalakkan dialog dan wacana tentang ekonomi Islam global sambil menggalakkan kerjasama pelbagai pihak antara kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil.
Ketua-ketua negara, pemimpin dan tokoh perniagaan utama dari pelbagai negara Islam, khususnya dari rantau Asia akan dijemput untuk menyampaikan ucaptama mereka.
Lebih 1,500 peserta dari antarabangsa dan domestik akan menyertai acara itu. Ini juga termasuk perusahaan kecil dan sederhana Sarawak, yang akan menyediakan lebih banyak peluang dan pakatan strategik dengan komuniti perniagaan antarabangsa.