BAYERN Munich berada dalam kedudukan terbaik untuk merangkul gelaran kelapan berturut-turut, tetapi Borussia Dortmund memimpin kelompok yang mengejar dan diketuai oleh Erling Braut Haaland ketika Bundesliga keluar daripada ancaman Covid-19 yang diperketat hujung minggu ini.
AFP Sport melihat apa yang dipertaruhkan di atas padang ketika liga teratas Jerman mengakhiri ‘lockdown’ dua bulan untuk menyelesaikan baki sembilan pusingan terakhirnya.
Pasukan telah menjalani ujian dan dipaksa ke kem latihan kuarantin kerana virus, dan semua perlawanan akan dimainkan tanpa kehadiran penonton dalam liga yang menyakiskan kehadiran penonton tertinggi dalam dunia bola sepak.
Oleh itu, ini bukan Bundesliga seperti yang kita ketahui, tetapi mungkin ada yang lain masih seperti sebelumnya – Bayern, kelab paling berjaya di negara ini, berada di landasan baik untuk memenangi satu lagi gelaran, yang boleh menjadi mahkota kelapan berturut-turut.
Mereka telah memulakan permulaan musim dengan agak hambar di bawah Niko Kovac sebelum ‘lockdown’, dengan Hansi Flick masuk sebagai jurulatih dan Bayern menang 10 dan seri sekali dalam 11 perlawanan liga terakhir mereka.
Pasukan dari Bavaria itu mempunyai kelebihan empat mata ke atas Dortmund di puncak dan agak sibuk sejak perlawanan terakhir mereka, dengan Flick menandatangani kontrak baru sehingga 2023.
Pemain utama Thomas Mueller dan Alphonso Davies mengikutinya dengan melanjutkan kontrak mereka sendiri, sementara bekas penyerang Miroslav Klose telah menyertai mereka sebagai penolong jurulatih.
Dengan Robert Lewandowski menjaringkan 25 gol dalam 23 perlawanan, Bayern sangat hebat. Mereka masih perlu berkunjung ke Dortmund dan Bayer Leverkusen, walaupun masih belum dapat dilihat berapa banyak kelebihan bermain di tempat sendiri tanpa kehadiran penyokong.
Masih boleh menjadi perlumbaan empat penjuru, dengan Borussia Moenchengladbach ketinggalan enam mata di tangga keempat, tetapi Dortmund berada di kedudukan terbaik untuk menghalang Bayern.
Pasukan Lucien Favre kali terakhir dilihat tersingkir daripada Liga Juara-Juara UEFA kepada Paris Saint-Germain, tetapi sebelum itu mereka berada dalam prestasi terbaik ketika dipimpin oleh bintang muda Haaland dan Jadon Sancho.
Mereka memenangi tujuh daripada lapan perlawanan liga setelah pemian muda dari Norway berusia 19 tahun Haaland tiba dari Red Bull Salzburg. Dia menjaringkan sembilan gol dalam jangka masa itu.
Dortmund, bagaimanapun, tidak dapat bergantung kepada peminat mereka yang biasanya memenuhi Signal Iduna Park yang berkapasiti 81,000 dan dua perlawanan mereka yang seterusnya di tempat sendiri – menentang saingan Ruhr, Schalke pada hari Sabtu dan kemudian Bayern – akan menyebabkan mereka kehilangan banyak kelebihan daripada keputusan itu.
“Untuk bermain dalam stadium kosong adalah cabaran besar, terutama untuk kelab seperti Dortmund, yang mendapat banyak kekuatan daripada penyokong setia mereka” akui ketua eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke. – AFP