Selepas sekian lama tidak duduk bersantai bersama teman-teman gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekarang adalah masa untuk kembali bersama rakan-rakan melalui detik-detik indah sambil makan dan minum.
Justeru pilihan lokasi yang sesuai untuk bersantai sudah semestinya tempat yang unik, selesa dan menawarkan pilihan makanan dan minuman yang berkualiti tinggi.
Justeru jika anda ke Plaza Merdeka Shopping Center, apa kata anda singgah di FC® Lite by Farmer’s Crib® yang terletak di tingkat bawah (berhadapan Guardian) dan nikmati pengalaman indah menjamu selera di sini.
Ditubuhkan dalam tahun 2018, premis ini dimiliki dan diuruskan oleh Farmer’s Crib® yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang makanan dan minuman sejak 2012.
Sesuai dengan slogan mereka, Good Times Start With Farmer’s Crib®, ia menawarkan pelanggan dengan minuman segar dan hebat rasanya, selain hidangan unik dan eksklusif ‘Happy UFO™’ yang dihidangkan dalam persekitaran tersendiri pada kadar harga mampu beli.
Menurut jurucakap FC® Lite by Farmer’s Crib® , pihaknya amat komited untuk menawarkan kudapan dan minuman berkualiti tinggi kepada para pelanggan, selain menjanjikan khidmat pelanggan yang terbaik.
Makanan
Makanan bertaraf bintang di sini adalah Happy UFO™, hidangan unik yang dimasak sebaik sahaja ditempah oleh pelanggan. Teksturnya amat rangup di luar dan lembut di dalam, manakala semua bahan dimasak dengan Happy UFO™. Hidangan ini sesuai dinikmati segera kerana keenakannya paling terasa ketika masih panas.
Sementara itu, hidangan terlaris adalah Chocolate+Cheese Happy UFO™ & Chicken Ham+Cheese Happy UFO™, manakala pilihan lain adalah Original Happy UFO™, Cheese Happy UFO™, Chocolate Happy UFO™ dan Chicken Ham Happy UFO™.
Kudapan kegemaran pelanggan yang lain ialah Brown Sugar Ice Cream yang diformulasi khas dari Sirap Gula Perang. Dengan rasa manisnya yang sesuai dan aroma yang unik, keenakannya sukar ditemui di lain-lain tempat.
Produk lain yang turut ditawarkan di sini ialah lempeng leku, bertih jagung, biskut (Danish Butter, Almond), puding mangga, Kek Batik Coklat Milo Moist, kambing perap beku, kambing beku dibakar dengan oven, ayam perap beku dan ayam beku di bakar dengan oven.
Minuman
Brown Sugar Milk Tea yang diperbuat dari gula apong dengan aroma unik dan tekstur yang pekat pasti akan memenuhi cita rasa semua. Lebih menambah selera apabila minuman ini digabungkan dengan teh susu istimewa di sini.
Sementara itu, pilihan lain minuman terdiri daripada teh susu, kopi, coklat, Ice Blended, minuman keju, minuman bersoda, jus buah-buahan segar, teh panas/sejuk dan minuman dalam botol.
Oleh HAINI DARANI