PENGHARGAAN… Datuk Ronald Sagah Wee Inn menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pegawai Eksutif Pusat Sains Singapura, Dr. Kim Tit Meng pada Majlis Perasmian Bengkel Sarawak Sains Centre Fasa 4 Dan 5 di Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Kuching. • Foto HERRIEY NAHA
KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) mengadakan Bengkel Pelan Induk ke-4 dan ke-5 untuk Pusat Sains Sarawak (SCC) di sini, semalam.
Menterinya Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, program sehari itu bermula hari ini (semalam) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dengan kerjasama Pusat Sains Singapura.
Katanya, objektif bengkel itu diadakan adalah untuk meneroka cara untuk meningkatkan sinergi dalam kalangan pihak berkepentingan dalam membangunkan program pembelajaran pelawat dan tidak formal yang berkesan dan unik untuk pusat sains baharu itu.
“Selain itu, bengkel itu juga diadakan ntuk menyediakan platform untuk berkongsi amalan terbaik dalam pameran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan program pembelajaran tidak formal, terutamanya untuk memenuhi keperluan untuk mencapai masyarakat celik saintifik.
“Ia juga meningkatkan pemahaman jika sains dan implikasinya dalam pendidikan tidak formal STEM kepada masyarakat dan orang ramai dan di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Perasmian Bengkel Sarawak Science Centre Fasa 4 dan 5 di di BCCK, semalam.
Mengulas lanjut, Roland Sagah memberitahu seramai 70 pihak berkepentingan menghadiri bengkel tersebut daripada pelbagai agensi dan jabatan.
Antaranya ialah Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak (TROP), Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDS), Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, CRAUN Research Sdn Bhd, Pusat Biodiversiti Sarawak, Pembangunan Pendidikan Negeri Sarawak dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).
“Kita amat berterima kasih atas penyertaan dan sokongan padu mereka ini,” ujarnya.
Tambahnya, salah satu inisiatif pemangkin utama Kementerian di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) adalah untuk membolehkan orang ramai mencapai celik saintifik sivik yang baik menjelang 2030.
“Masyarakat yang sedar akan memahami dan menerima sains serta aplikasinya dalam kehidupan seharian mereka bahkan prasyarat untuk menyampaikan peranan orang ramai dalam mewujudkan budaya sains adalah untuk mengakui bahawa ‘Sains adalah Budaya’.
“Falsafah ini bermaksud, platform pembelajaran tidak formal seperti pusat sains mesti wujud atau diwujudkan untuk mencapai literasi saintifik sivil.
“Jika kita tidak berjaya membina budaya seperti ini pada hari ini, anak-anak Sarawak di masa depan akan gagal menyumbang secara bermakna kepada ekosistem,” katanya.
Oleh JEAKQLEYN YACHO