KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan menerima watikah pelantikan 19 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap itu.
Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah Joana Veneranda Amaral dari Timor-Leste, Takahashi Katsuhiko (Jepun), Saad Maandi (Algeria), Ricardo Estanislao Morote Canales (Peru), Dabare Liyanage Sumangala Dias (Sri Lanka) dan Constance Chemwayi (Zimbabwe).
Ketua-ketua perwakilan asing lain ialah Sentle Kenneth Rabale dari Lesotho, Wayne Mitchell Robson (Kanada), Agostinho André De Carvalho Fernandes (Angola), Riadh Dridi (Tunisia), Maynor Jacobo Cuyún Salguero (Guatemala), Lars Bo Larsen (Denmark) dan Rwamucyo Ernest (Rwanda).
Yang lain ialah Alem Tsehaye Woldemariam (Eritrea), Leko Ado (Niger), Belmiro José Malate (Mozambique), Apostolos Baltas (Greece), Amenatave V. Yauvoli (Fiji), serta Petar Dimitrov Andonov (Bulgaria).
Hadir sama pada istiadat itu Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah. – Bernama