PROMOSI RAMADAN… Cef Kalong Jaban menunjukkan promosi set makanan yang ditawarkan kepada
pelanggan sepanjang Ramadan. • Foto HERRIEY NAHA
KUCHING: Ombak Café @ Hotel Samudra meneruskan tradisi dengan menawarkan promosi juadah berbuka puasa dengan cita rasa masakan ala kampung berkonsepkan ‘Set Talam’ klasik sempena meraikan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Dengan menawarkan tiga jenis set talam mengikut bajet dan cita rasa tersendiri, pelanggan berpeluang untuk memilih antara dua jenis dan cara masakan untuk setiap hidangan utama dalam satu ‘Set Talam’ iaitu ayam, ikan dan udang.
Kakitangan Ombak Café @ Hotel Samudra Kuching, Mohd Edruce Abdul Hamid berkata, antara ‘Set Talam’ yang disediakan adalah seperti Set Talam Ayam Percik/Gaprik, Set Talam Ikan Asam Pedas/Kari dan Set Talam Udang Lemak Cili Api/Sambal.
“Untuk Set Talam Ayam Percik/Gaprik, pelanggan boleh memilih jenis masakan ayam sama ada ‘ayam masak percik’ atau ‘ayam masak gaprik’ dengan harga serendah daripada RM45 untuk dua orang, RM79 untuk empat orang dan untuk tambahan setiap satu orang (pax) ialah RM20.
“Selain itu, ia juga turut dihidangkan bersama dengan ulam-ulaman dan sambal, nasi putih, bubur pedas, ikan kembung masin, satu jenis sayuran, kuih Melayu, buah-buahan, buah kurma dan juga air sirap,” katanya ketika ditemui pemberita di Hotel Samudra, semalam.
Menjelas lanjut, Edruce berkata untuk Set Talam Ikan Asam Pedas/Kari, pelanggan boleh memilih ‘ikan masak asam pedas’ atau ‘ikan masak kari’ untuk menu utama dengan harga serendah daripada RM50 untuk dua orang, RM89 untuk empat orang dan untuk tambahan setiap satu orang (pax) ialah RM22.
Bagi Set Talam Ikan Asam Pedas/Kari, katanya ia juga turut dihidangkan bersama dengan ulam-ulaman dan sambal, nasi putih, bubur pedas, telur dadar, satu jenis sayuran, kuih Melayu, buah-buahan, buah kurma dan juga air sirap.
“Selain itu, untuk Set Talam Udang Lemak Cili Api/Sambal, pelanggan turut diberikan pilihan dua jenis masakan iaitu sama ada ‘udang masak lemak cili api’ atau ‘udang masak sambal’ untuk menu utama dengan harga serendah daripada RM59 untuk dua orang, RM99 untuk empat orang dan untuk tambahan setiap satu orang (pax) ialah RM26.
“Seperti dua set talam yang lain, Set Talam Udang Lemak Cili Api/Sambal turut dihidangkan dengan ulam-ulaman dan sambal, nasi putih, bubur pedas, ayam goreng kunyit, telur masin, satu jenis sayuran, kuih Melayu, buah-buahan, buah kurma dan juga air sirap,” tambahnya.
Di samping itu, Edruce berkata pelanggan boleh menghubungi Ombak Café @ Hotel Samudra menerusi talian 082-223988 atau 014-3339884 untuk membuat tempahan boleh dibuat sehingga 5.00 petang setiap hari.
Tempoh promosi ialah daripada 3 April 2022 hingga 30 April 2022.
Oleh RYNNA SHA’ERRA