SIMON Ling Yu Kiong dan Kenneth Lau Si Loong menunjukkan produk buah Tin keluaran Ta Ann Agro Sdn. Bhd.
Buah Tin bukan sahaja enak dimakan segar tetapi ia juga sesuai untuk diolah menjadi makanan lain seperti jem, snek buah Tin kering dan minuman enzim.
Inilah yang diusahakan oleh Ta Ann Agro Sdn, Bhd, pengeluar buah Tin berkualiti dan terbesar di Sarawak yang beroperasi Jalan … Sibu.
Pengurus Besar Kanan Ta Ann Agro Sdn Bhd, Simon Ling Yu Kiong berkata, untuk buah Tin segar, pihaknya menjual buah berkenaan secara pek dengan setiap pek mengandungi empat biji buah Tin segar yang boleh didapati di dalam tiga pilihan kategori berat iaitu 160 gram, medium (240 gram) dan premium (340 gram).
“Buah Tin segar ini seelok-eloknya disimpan dalam peti sejuk dan jangka hayat yang dicadangkan ialah tiga hingga empat hari,” kata beliau.
Syarikat berkenaan juga menawarkan buah Tin kering dengan berat seberat 700 gram sepaket.
“Buah Tin kering ini sesuai simpan di tempat yang sejuk dan kering, dengan jangka hayat yang dicadangkan satu tahun (dimakan dalam masa tiga minggu dibuka),” ujarnya.
Sementara itu, minuman enzim buah Tin pula boleh didapati di dalam tiga pilihan iaitu 150 ml, 300 ml dan 500 ml.
“Minuman ini perlu disimpan di dalam peti sejuk (suhu terbaik:1-5 darjah selsius). Jangka hayat yang dicadangkan adalah satu tahun (diminum dalam tiga hari selepas dibuka),” tambahnya.
Syarikat itu juga mengeluarkan jem buah tin berperisa asli dan kayu manis dengan setiap botol jem adalah seberat 125 gram
“Jem ini sesuai di simpan dalam peti sejuk (suhu terbaik:1-5 darjah selsius). Jangka hayat dicadangkan satu tahun (diminum dalam tiga minggu selepas dibuka),” jelasnya.
Katanya, setakat ini produk-produk tersebut boleh didapati di premis One Cent Café di Sibu dan Kuching. Produk bermutu tinggi itu juga boleh didapati melalui pengedar di Kuching, Ivy Ngo Muk Lan di talian 019-8593989 dan Cik Lim (…) di Sibu.
Selain itu katanya, pada waktu bermusim seperti Festival Kuih Bulan, pihaknya juga mengeluarkan kuih bulan daripada buah Tin dan biskut buah Tin.
“Pihak restoren juga ada menggunakan produk buah tin kami untuk membuat manisan dan pizza,” ujarnya.
Menurutnya, selain rasanya sedap, buah Tin juga antara ‘superfruit’ yang sesuai dinikmati setiap hari kerana kaya dengan khasiat dan vitamin.
“Buah Tin amat baik untuk kesihatan manusia, makin banyak makan buah Tin, makin baik untuk kesihatan. Bagi masyarakat Cina, buah Tin ini adalah untuk umur panjang,” ujar beliau.
Beliau berkata, tanaman pokok buah Tin di ladang mereka adalah bermutu tinggi dan bebas daripada racun serangga.
“Oleh itu, semua buah Tin yang telah dipetik hanya cuci sahaja dan boleh makan, tidak perlu ragu-ragu,” katanya.
Turut hadir ialah Penolong Pengurus Operasi, Kenneth Lau Si Loong.
Oleh AKUN GIMAN