Peserta Kelas PLF kembali ke sekolah

Facebook
WhatsApp

CIKGU Rita Sultan Abdullah membimbing para pelajar belia di Kelas PLF Rumah Salengkor Sungai Brit.

Selepas hampir dua tahun tidak menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka, akhirnya pada tahun ini para peserta Kelas Pendidikan Literasi Fungsian atau juga dikenali dengan Kelas Dewasa, berpeluang bersua muka dengan guru dan rakan seperjuangan.

Bagaimanapun bagi mematuhi norma baharu, semua peserta diwajibkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sesi pembelajaran secara bersemuka seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan sebelum dan selepas sesi pembelajaran serta melakukan penjarakan sosial.

Justeru sebagai aktiviti pertama pada tahun ini, para peserta dari Kelas PLF Kampung Pemindahan Marudi dan Rumah Salangkor Sungai Brit, menjalani Latihan Pengukuhan 3M (Membaca, Menulis, Mengira) bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka di dalam ketiga-tiga aspek ini.

Menurut guru pembimbing, Cikgu Rita Sultan Abdullah, latihan ini juga bertujuan untuk menilai tahap penguasaan peserta, lebih-lebih lagi selepas sekian lama bercuti panjang daripada melakukan aktiviti seperti ini.

“Walaupun sudah lama menjalani sesi pembelajaran secara normal, Alhamdulillah para peserta masih ingat apa yang telah dipelajari sebelum ini.  Dengan adanya  sesi Pendidikan dan Pengajaran Dari Rumah (PDPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, sedikit sebanyak dapat membantu peserta untuk kekal fokus terhadap pembelajaran,” tambah beliau.

Bagi menambah lagi kemahiran peserta, sesi seterusnya memfokus kepada  adalah kemahiran seperi mengenal bentuk asas, menghasilkan alat bantu mengajar (ABM), menghias ABM mengikut kreativiti peserta, menghasilkan ABM berbantuk orang dengan bentuk asas serta menghasilkan topi dan menghiasnya dengan bentuk.

Sementara itu, kelas PLF dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi memberi peluang kepada golongan dewasa, belia dan beliawanis serta  remaja yang tercicir persekolahan untuk menjadi celik huruf dan celik angka.

Peserta kelas ini terdiri dari mereka pernah bersekolah tetapi tidak menamatkan sesi persekolahan atau tidak pernah ke sekolah langsung dan peluang juga diberikan kepada golongan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri seperti tiada sijil lahir dan tiada kad pengenalan .

Had umur adalah dari tujuh tahun sehingga 60 tahun tetapi tertakluk kepada daya penglihatan  atau kemampuan peserta sendiri. Kelas untuk  setiap pelajar diadakan selama tiga jam, sehari dalam seminggu dan  tunjang utama kelas ialah Membaca, Menulis dan Mengira (3M).

Selain itu, skop wajib diajar ialah aspek Kesihatan, Kesedaran Sivik, Ekonomi, Perlembagaan dan Kekeluargaan.

Oleh HAINI DARANI

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan