TANGKAPAN LAYAR… Razali Gapor menggulung parbahasan dalam Mesyuarat Penggal Pertama DUN Sarawak Kali ke -19.
KUCHING: Persidangan hari ketiga Mesyuarat Pertama Bagi Penggal ke-19 di Dewan Unda- ngan Negeri Sarawak semalam telah menyaksikan tiga Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan dibentang dan dibahaskan.
Antara RUU yang dibentang dan dibahaskan ialah RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022, RUU Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah 2022 dan RUU Lembaga Perindustrian Getah Sarawak 2022.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benting Maro, Razaili Gapor menyokong sepenuhnya RUU Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah 2022.
Katanya, Sarawak merupakan pengeksport sagu terbesar di dunia dengan mengeksport sekitar 25,000 sehingga 40,000 tan bernilai antara RM80 hingga RM 90 juta produk sagu setiap tahun ke Jepun, Taiwan, Si- ngapura, Semenanjung Malaysia dan negara lain.
“Harga komoditi sagu ketika ini telah mencecah RM2,000 per tan ekoran permintaan yang tinggi. Kini kawasan rumbia di Sarawak adalah dianggar sekitar 46,768 hingga 58,087 hektar dan sebanyak 40,642 hektar kebun rumbia yang diusahakan pekebun kecil di Bahagian Mukah.
“Pembentangan Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah, 2022 ini oleh Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah dan Adun N69 Kemena, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom adalah amat tepat. Ordinan ini adalah bagi menubuh Lembaga Pembangunan Sago dan Nipah (SNDB), mengaris dan menyedia perkara-perkara berkaitan pelantikan, pentadbiran, kakitangan, pengarah, kewangan, fungsi dan kuasa,” jelas beliau ketika sesi perbahasan Persidangan hari ketiga Mesyuarat Pertama Bagi Penggal ke-19 di Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam.
Tambahnya, bagi pekebun sagu dan terutamanya pengusaha gula apong, penubuhan Lembaga Sagu dan Nipah ini amat ditunggu kerana tiada badan khusus menjaga kepentingan mereka sebelum ini.
“…dan saya bagi pihak pekebun sagu dan pemprosesan gula apong di kawasan DUN Beting Maro mengucap setinggi-tinggi terima kasih kepada ADUN Kemena dan kerajaan GPS.
“Seperti digariskan dalam Bahagian III, Ordinan, di bawah fungsi dan kuasa-kuasa Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah akan memberi perhatian terhadap pembangunan komoditi sagu dan nipah di samping berusaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil rumbia dan pengusaha gula apong termasuk daripada aspek dasar, perancangan, pemulihan, kawal selia, pengeluaran, pemasaran, penyelidikan dan teknologi baru.
“Pada masa kini belum ada badan khas untuk Sagu dan Nipah berbanding Padi, Nanas, Sawit dan Koko. Hanya Jabatan Pertanian Sarawak mempunyai program khusus pembangunan tanaman pokok sagu. Sementara LCDA pula hanya terlibat mengurus estet pekebun kecil di Mukah melalui Program Pengembangan Ladang Satelit Petani Sagu me- libat penyatuan tanah 283 hektar milik 4,875 pekebun kecil.”
Jelas beliau, pengeluaran produk nipah seperti gula apong masih menggunakan cara tradisional dan kini sudah tiba masanya Kerajaan Sarawak berusaha mewujudkan Taman Industri Nipah dan Pembuatan Gula Apong secara komersial untuk keperluan domestik dan eksport.
“Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah yang dicadang ditubuh bukan sahaja dapat memberi hala tuju masa depan industri sagu dan nipah juga boleh membantu Sarawak kekal berdaya saing di pasaran global bukan sahaja dalam aktiviti huluan tetapi hiliran bagi memastikan Sarawak kekal sebagai pengeluar dan pengeksport sagu dan produk nipah terbesar dunia.
“Ia dijangka dapat menjaga kebajikan, pengurusan dan pembangunan untuk industri sagu dan menerokai potensi nipah di negeri ini. Ia juga akan dapat dalam meningkatkan daya saing pekebun kecil kerana hanya Sa- rawak pengeksport sagu utama di dunia,”ujarnya.