KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik sembilan sen seliter manakala RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 10 hingga 16 Februari ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.12 kepada RM3.21 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sung- guhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu. Kerajaan akan terus memantau kesan perubah- an harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- Bernama