KUCHING: Jumlah nilai eksport produk perkayuan di negeri ini pada tahun lalu adalah sebanyak RM3.9 bilion.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, secara keseluruhannya, nilai eksport produk perkayuan di negeri ini pada tahun lalu adalah sebanyak RM3.9 bilion.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, secara keseluruhannya, nilai eksport produk perkayuan pada tahun lalu meningkat se- banyak empat peratus atau RM0.15 bilion berbanding RM3.7 billon pada 2020.
“Statistik ini adalah satu-satu- nya petanda bahawa keadaan ekonomi mulai beransur pulih dan permintaan bahan komiditi se- perti produk perkayuan mencatat sedikit peningkatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Hari Integriti dan Inovasi dan Perhimpunan Perdana Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) 2022 di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma Sumber Alam, semalam.
Tambahnya, usaha sedang dipergiatkan oleh PUSAKA untuk terus memperkasakan industri perkayuan kepada industri nilai tambah tinggi bagi mencapai unjuran nilai eksport RM8 bilion pada 2030.
“Bagi merealisasikan sasaran dan unjuran ini, Kerajaan Sarawak memberi penekanan kepada pembangunan ladang hutan.
“Langkah ini boleh menjamin bekalan bahan mentah yang mampan untuk industri hiliran perkayuan tempatan.
“Justeru itu, perubahan dan anjakan untuk memproses kayu dari ladang hutan untuk menghasilkan produk nilai tambah tinggi terutama sekali ‘engineered wood’ dan perabot diberi pene- kanan yang sewajarnya,” ujarnya.
Katanya lagi, sebuah makmal ujian perabot sedang dibina di Kota Samarahan. Makmal ini akan mula beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini. Ia akan memberi perkhidmatan pengujian perabot tempatan untuk mematuhi piawaian atau stan- dard pasaran global, sama ada bagi pasaran tempatan mahupun eksport.
“Manakala di Tanjung Manis pada masa ini, kita memberi fokus pada konsep pertanian pintar dan kita sudah ada menerima perancangan untuk pelaburan dari sebuah syarikat daripada Singapura serta Brazil untuk pemeliharaan ternakan lembu. Pada masa sama, mungkin mereka juga akan membuat pelaburan hiliran dan begitu juga untuk bidang-bidang yang lain.
“Kita juga diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Sarawak melaksanakan Taman Kejuruteraan Marin untuk pembuatan kapal di Paloh. Projek ini adalah salah satu projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12),” jelas Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II itu lagi.
Mengulas mengenai isu pembalakan haram di Sarawak, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak itu menjelaskan isu pembalakan haran di ne- geri ini masih dalam keadaan yang terkawal.
“Kegiatan pembalakan haram di Sarawak tidak seperti dulu. Kita akan meneruskan usaha penguatkuasaan ini dan ini merupakan agenda berterusan kita.
“Kerajaan Sarawak akan terus memperkuatkan penguatkuasaan di kawasan darat, laut, sungai dan udara untuk membanteras kegiatan pembalakan haram di negeri ini,” tegasnya.
Oleh NUR AIN OTSMAN