Belukar seekar terbakarSempat

Facebook
WhatsApp
PADAM… Anggota bomba memadam kebakaran belukar di kawasan lapang seberang Balai Polis Jakar, Khamis lalu. • Foto IHSAN BBP SARIKEI

SARIKEI: Kebakaran belukar yang dianggarkan seluas satu ekar berlaku di kawasan lapang seberang Balai Polis Jakar di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, kejadian kebakaran belukar tersebut berlaku pada petang Khamis lalu.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran belukar pada jam 1.49 petang.

“Bertindak atas laporan, seramai lima anggota bomba yang diketuai PBK II Haron Jenai bergerak ke lokasi kebakaran,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, semalam.

Jelasnya, setibanya di lokasi kebakaran, pasukan bomba bertindak memadam dengan menggunakan saluran bantu mula ke kawasan kebakaran.

“Setelah kebakaran telah padam sepenuhnya dan memastikan tiada lagi wujudnya punca-punca kebakaran, anggota bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,