MEMETIK artikel yang dikeluarkan pada Julai 2021, AFP pernah mengeluarkan rencana mengenai Majlis London menganggap kanak-kanak yang terdedah dalam jagaannya sebagai ‘tidak berharga’ dan mendedahkan ratusan daripada mereka kepada pesalah seks dalam satu siasatan selama bertahun-tahun terhadap salah satu skandal penderaan kanak-kanak terburuk di Britain.
Dalam laporan itu, kanak-kanak yang tinggal di rumah kediaman dan pusat jagaan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Lambeth di selatan London dirogol, diserang dan didera oleh kakitangan yang berasa ‘tidak boleh disentuh’ kerana budaya menutup mulut.
Siasatan itu dijalankan oleh Independent Inquiry into Child Seksual Abuse (IICSA), yang ditubuhkan pada 2015 selepas beberapa siri skandal penderaan seks berprofil tinggi, yang paling menonjol melibatkan mendiang penyampai radio BBC dan televisyen, Jimmy Savile.
Ia memberi tumpuan kepada kes yang mana organisasi dan institusi gagal melindungi kanak-kanak daripada penderaan seksual.
Siasatan Majlis Lambeth meneliti penderaan di lima unit kediaman kanak-kanak selama beberapa dekad sejak 1960-an.
Ia berkata, kakitangan melayan kanak-kanak dalam penjagaan seolah-olah mereka tidak bernilai dan mempamerkan tidak mengambil berat tentang mereka, manakala mereka yang mengadu didera juga tidak percayai.
Menurut laporan itu, majlis itu hanya mendisiplinkan seorang kakitangan kanan selepas 705 aduan daripada bekas penghuni rumah kanak-kanak dan mereka yang berada di pusat jagaan.
“Ia adalah satu-satunya laporan yang mana saya terpaksa meletakkannya pada selang masa yang tetap kerana apa yang diterangkan tidak henti-henti,” kata John O’Brien, setiausaha kepada siasatan itu.
Laporan itu mendapati seorang pekerja rumah kanak-kanak di bawah pemerhatian walaupun selepas sabitan sebelumnya untuk penderaan seksual kanak-kanak ditemui pada 1970-an. Dia kemudian disabitkan dengan 34 pertuduhan penderaan seksual kanak-kanak.
Laporan itu memberi amaran jumlah sebenar mangsa akan jauh lebih tinggi daripada yang direkodkan secara rasmi dan mengesyorkan polis mempertimbangkan siasatan jenayah ke atas kematian seorang budak lelaki di sebuah rumah jagaan pada 1977.
Tambah laporan itu, pada 1980-an, kanak-kanak menjadi ‘cagaran dalam permainan kuasa toksik’ kerana kerajaan tempatan terperangkap dalam memerangi Kerajaan Pusat Konservatif Margaret Thatcher
Majlis Lambeth memohon maaf dan menerima penemuan laporan itu yang dibuat selepas beberapa siasatan lain terhadap penderaan seksual bersejarah, kegagalan institusi dan penyamaran di United Kingdom (UK).
IICSA akan membentangkan laporan terakhirnya yang mengumpulkan hasil lebih daripada puluhan pertanyaan kepada Ahli Parlimen pada musim panas akan datang.
Dalam pada itu, bola sepak juga terlibat dalam penderaan dengan bekas jurulatih dan peninjau Manchester City, Barry Bennell menjalani hukuman penjara 34 tahun kerana penderaan sejak 1970-an.
Penyiasat juga telah tersilap langkah. Dalam kes paling terkenal, Carl Beech mendakwa ahli politik kanan dan anggota keselamatan merogol dan menderanya pada 1970-an dan 1980-an sehingga menyebabkan polis membuka siasatan.
Tetapi, dia dipenjarakan selama 18 tahun pada 2019 kerana menyeleweng jalan keadilan, penipuan dan memiliki imej tidak senonoh selepas pembohongannya terbongkar.
Oleh Rapik B.