Nekad bunuh diri kelar leher sendiri

Facebook
WhatsApp
KES BUNUH DIRI… Mayat lelaki bunuh diri yang ditemui di bawah rumah.

ADENG IDRUS

LIMBANG: Seorang lelaki nekad membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau di depan ahli keluarganya sendiri.

Suspek berusia 38 tahun maut di kediamannya di Kampung Pangkalan Madang pada jam 1.28 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, berdasarkan keterangan saksi kejadian, lelaki berusia 38 tahun itu pada awalnya bertindak mengelar lehernya menggunakan sebilah pisau di dalam rumah.

Bapa lelaki berkenaan cuba menghalang perbuatannya tetapi lelaki itu bertindak turun ke bawah rumah  untuk meneruskan tindakan nekadnya.

Abang Zainal berkata pihaknya masih menyiasat motif kejadian lelaki itu bertindak demikian.

Mayat lelaki berkenaan kemudiannya di bawa ke Hospital Limbang.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan kejadian masih diteruskan.

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam