Setiap kali tiba musim perayaan, pasti meriah dengan pelbagai jenis biskut yang sangat menyelerakan dan unik.
Selain biskut tradisional seperti makmur, putu kacang dan sepit sentiasa menjadi pilihan, kini di pasaran terdapat pelbagai jenis biskut yang diolah menjadi lebih menarik dan moden.
Zaman sekarang pelbagai corak biskut fancy dan moden ditawarkan mengikut cita rasa masyarakat kini.
Seorang penjual biskut, Yong Siew Ling, berkata, zaman sekarang ada pelbagai jenis biskut raya dan nama dijual bagi menarik pelanggan.
Katanya, walaupun biskut tradisional masih mendapat permintaan, biskut fancy dan moden turut
mendapat permintaan tinggi setiap kali menjelang musim perayaan.
“Sekarang ini, ramai yang lebih tertarik dengan biskut fancy yang pelbagai warna dan rupa.
“Jadi, saya juga tidak melepaskan peluang menjual biskut fancy bertemakan Tahun Baharu Cina seperti tanglung dan bentuk harimau sempena tahun harimau tahun ini,” “katanya.
Menurutnya, kebanyakannya biskut fancy ini dijadikan cenderahati.
Katanya, biskut fancy tersebut diborong dari kenalan sebelum dijualnya sendiri pada harga sekitar RM29.
Selain menjual biskut fancy, Siew Ling turut menjual pelbagai biskut moden dan tradisional seperti biskut ulat bulu, tart nanas dan semperit.
“Setiap kali musim perayaan, saya memang tidak melepaskan peluang menjual biskut kerana minat berniaga dan ini juga adalah sebagai pendapatan sampingan,” ujarnya.
Oleh LIONG CHAI LING