Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Apple syarikat pertama bernilai AS$3 trilion
  • GLOBAL

Apple syarikat pertama bernilai AS$3 trilion

Utusan Sarawak 3 years ago
APPLE sebelum ini muncul sebagai firma AS pertama melepasi nilai AS$1bilion (RM4.18 bilion) pada Ogos 2018. – AFP

NEW YORK: Apple muncul  sebagai firma Amerika Syarikat (AS)  pertama mencecah nilai  pasaran AS$3 trilion (RM12.5 trilion)  semalam dalam demonstrasi terbaharu  lonjakan industri teknologi tersebut semasa pandemik.

Pengeluar iPhone itu mencatat rekod tersebut untuk seketika sekitar pukul 2.45 pagi tadi (waktu Malaysia) apabila sahamnya diniagakan pada harga AS$182.88 sesaham (RM764.62) sebelum susut sedikit.

Gergasi teknologi itu juga merupakan syarikat AS pertama bernilai AS$2 trilion (RM8.36 trilion) pada Ogos 2020 apabila  pandemik Covid-19 melonjakkan permintaan untuk barangan elektronik peribadi dan perkhidmatan digital seperti penstriman Apple dan kedai aplikasi  telefon pintarnya.

Apple sebelum ini muncul sebagai firma AS pertama melepasi nilai AS$1 bilion (RM4.18 bilion) pada Ogos 2018.

Lonjakan nilai itu menandakan pencapaian terbaharu Tim Cook yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple pada 2011, tidak lama selepas pengasas bersama syarikat berpangkalan di Cupertino, California itu, Steve Jobs meninggal dunia

Walaupun saham utama di pasaran AS kini didominasi oleh syarikat-syarikat Lembah Silikon, hanya Microsoft muncul sebagai  syarikat AS kedua yang bernilai lebih AS$2 trilion.

Pada Oktober 2021, Apple melaporkan pendapatan bersih berjumlah AS$20.5 bilion (RM85.7 bilion)  daripada perolehan kasar sebanyak AS$83.4 billion (RM348.7 bilion)  sekali gus rekod baharu untuk suku kewangan berakhir September 2021.

Bagaimanapun, seperti syarikat-syarikat gergasi teknologi lain, Apple berdepan tekanan sejak beberapa bulan lalu yang berpunca daripada masalah rangkaian bekalan termasuk kekurangan bekalan global semikonduktor dan gangguan pengilangan di Asia Tenggara akibat pandemik Covid-19. 

Sebagai perbandingan, belanjawan beberapa negara di Asia Tenggara adalah berjumlah antara puluhan hingga beberapa ratus bilion dolar sahaja. – AFP 

Continue Reading

Previous: 10 bilionair dunia kumpul kekayaan
Next: Pakistan berdepan gelombang kelima Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.