Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PN, GPS bekerjasama pada PRU-15
  • TEMPATAN

PN, GPS bekerjasama pada PRU-15

Utusan Sarawak 3 years ago
SESI DIALOG… Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi berdialog semasa menghadiri Majlis Pemulihan Negara di Kuching, semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju bekerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu berkata, beliau sudah bercakap dengan Pengerusi GPS Abang Johari Openg, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Kami sudah mencapai persetujuan bagi pilihan raya negeri, kami menyokong GPS.

“Tetapi pada PRU-15, kami mencapai persetujuan kerana beberapa calon daripada PN dan Bersatu ketika ini menyandang kerusi Parlimen di Sarawak.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika selesai Program Town Hall Majlis Pemulihan Negara di Pullman Hotel Kuching semalam.

Tambahnya, PN memberi laluan kepada GPS pada PRN Sarawak, dengan mengambil contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena di Bintulu, yang didakwanya mempunyai keahlian Bersatu seramai 13,000 orang.

“Ini adalah pilihan raya negeri, ia lebih kepada membentuk kerajaan negeri, jadi saya bersetuju.

“Namun, pada pilihan raya umum ia bertujuan membentuk kerajaan persekutuan,” ujar Muhyiddin semalam.

Mengulas mengenai cadangan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), beliau mengakui ada keperluan mengenakan tindakan lebih berat terhadap pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.

“Saya tidak mahu mendahului kerajaan, Kementerian Kesihatan sepatutnya mempertimbangkan dan menyemak semula hukuman berat dengan mengambil kira rakyat yang sedang bergelut ketika ini,” tegas beliau.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: Tolak ‘ahli politik bermusim’
Next: Beberapa ‘projek sakit’ berjaya diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.