MIRI : Sebuah bas yang dinaiki 21 pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Kota Samarahan telah dinyahcemar bagi memastikan bas tersebut bersih dan bebas dari wabak Covid-19.
Ini adalah prosedur yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan di seluruh daerah sebaik sahaja operasi penghantaran pelajar sampai ke destinasi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata, kerja-kerja sanitasi itu dimulakan dari jam 9.25 pagi sehingga 10 pagi.
“Sanitasi ini bagi memastikan bas sentiasa bersih dan selamat untuk kegunaan penumpang yang akan menggunakannya kelak,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, seramai tiga anggota terlibat dengan kerja-kerja sanitasi tersebut yang meliputi bahagian luar dan dalam bas.