Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Fesyen menarik dari pakaian terpakai
  • STAIL

Fesyen menarik dari pakaian terpakai

Utusan Sarawak 3 years ago
SUHARYATI (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama semua pelajar dan hasil rekaan masing-masing.

Apa yang biasa anda lakukan dengan pakaian lama selepas anda bosan memakainya?  Buang atau dermakan kepada orang lain?

Sebenarnya, dengan sedikit kreativiti, pakaian lama ini boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan fesyen menarik dan mengikut trend terkini.  Dengan cara ini, ia bukan sahaja menjimatkan belanja untuk membeli pakaian baharu tetapi juga mewujudkan kepuasan kepada perekanya.

Inilah matlamat bengkel ‘Upcycling Fashion for Better Environmental Future’, anjuran Unit Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) Kolej Komuniti Kuching baru-baru ini.  Melalui bengkel ini, ia diharap dapat mendidik pelajar mengenai kepentingan kitar semula demi kelestarian alam sekitar.

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Kuching Suharyati Sulaiman, konsep ‘upcycling fashion’ bermaksud mengubah bahan buangan iaitu pakaian lama atau fabrik perca untuk dijadikan hasil kerja yang lebih bernilai dan berkualiti.

“Oleh itu melalui program ini pelajar boleh mengasah idea dan bakat dalam pembentukan rekaan pakaian yang unik dan mengikut trend semasa menggunakan material yang boleh dikitar semula.

Aktiviti kemahiran yang diajar semasa bengkel ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang selaras dengan kurikulum di kolej iaitu dalam kursus Pembuatan Pakaian Wanita, Senireka Fesyen 1 dan Senireka Fesyen 2,” katanya.

Suharyati turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan pelajar mengaplikasikan semua elemen dan teknik jahitan yang dipelajari semasa PDP dalam menghasilkan rekaan-rekaan yang kreatif dan berpendapat bahawa hasil karya mereka berpotensi untuk dikomersialkan pada masa akan yang datang.  

Sementara itu,  Pengarah Program Siti Nur Aishah Lukman yang juga pensyarah SFP berkata, program bengkel ini berusaha untuk meningkatkan skil pelajar dalam langkah-langkah susun atur serta manipulasi pola, mencetus idea rekaan, pemilihan bahan serta membantu pelajar untuk memahirkan diri dalam teknik jahitan dan pembuatan pakaian.

“Oleh itu, selain daripada pelajar dapat meningkatkan kemahiran jahitan, mereka juga dapat menjadi lebih kreatif dan inovatif apalabila melihat barangan terpakai yang bole diguna semula sekaligus dapat memupuk perasaan peka terhadap penjagaan alam sekitar,” ujar beliau lagi.

Sebanyak tujuh rekaan fesyen berjaya dihasilkan oleh 20  pelajar yang terlibat dalam bengkel yang telah berlangsung selama tiga hari berdasarkan material dan idea yang dipilih.

Mereka terdiri daripada pelajar semester 2 dan 3 serta 10 orang pensyarah SFP yang bertindak sebagai mentor yang membimbing pelajar daripada permulaan proses pencarian bahan terpakai, percambahan idea sehingga berjaya menghasilkan rekaan pakaian yang telah diperbaharui dan dan lebih bernilai.

Beliau menambah, SFP ketika ini masih mencari bakat-bakat baharu yang berminat mendalami bidang jahitan dan fesyen untuk bersama berkongsi ilmu dan kemahiran untuk menjadi pelajar demi memartabatkan industri fesyen dalam kalangan anak tempatan Sarawak.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Suntik kesedaran tentang alam semesta
Next: Program My Rakyat FAMA Bantu petani pasarkan hasil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.