SANTIAGO: Ahli paleontologi Chile pada Rabu lalu membentangkan penemuan mereka mengenai dinosaur yang ditemui tiga tahun lalu di Patagonia yang mereka katakan mempunyai ekor yang sangat luar biasa dan menyebabkan penyelidik ‘terpegun’
Fosil Stegouros Elengassen ditemui semasa penggalian pada 2018 di Cerro Guido, sebuah tapak yang diketahui menyimpan banyak fosil oleh pasukan yang dipercayai spesies dinosaur yang sudah diketahui sehingga mereka memeriksa ekornya.
“Itulah kejutan utama. Struktur ini benar-benar menakjubkan,” ujar Alexander Vargas, salah seorang ahli paleontologi.
“Ekor itu ditutup dengan tujuh pasang osteoderm … menghasilkan senjata yang sama sekali berbeza daripada apa sahaja yang kita ketahui dalam mana-mana dinosaur,” tambah penyelidik semasa pembentangan penemuan di Universiti Chile.
Ostederm adalah struktur plak tulang yang terletak di lapisan dermis kulit diselaraskan pada kedua-dua belah ekor, menjadikannya menyerupai paku pakis yang besar.
Ahli paleontologi telah menemui 80 peratus rangka dinosaur dan menganggarkan bahawa haiwan itu tinggal di kawasan itu 71 hingga 74.9 juta tahun dahulu.
Para penyedilik percaya spesies dinosaur itu memiliki panjang sekitar dua meter, berat 150 kilogram dan merupakan spesies herbivor.
Menurut saintis, yang menerbitkan penyelidikan mereka dalam jurnal Nature, haiwan itu boleh mewakili keturunan dinosaur berperisai yang tidak diketahui sehingga kini tidak pernah dilihat di hemisfera selatan, tetapi sudah dikenal pasti di bahagian utara benua itu.
“Kami tidak tahu mengapa (ekor) berkembang. Kami tahu bahawa dalam kumpulan dinosaur berperisai nampaknya terdapat kecenderungan untuk membangunkan secara bebas mekanisme pertahanan berasaskan osteoderm yang berbeza,” kata Sergio Soto, seorang lagi ahli pasukan itu.
Kawasan Cerro Guido yang terletak di lembah Las Chinas 3,000 kilometer, selatan Santiago, terbentang sejauh 15 kilometer selain memiliki batu-batuan yang mengandungi banyak fosil.
Penemuan di Cerro Guido membolehkan para saintis mengandaikan bahawa Amerika dan Antartika masa kini berdekatan antara satu sama lain berjuta-juta tahun dahulu.
“Terdapat bukti kukuh bahawa terdapat kaitan biogeografi dengan bahagian lain di planet ini, dalam kes ini Antartika dan Australia kerana kami mempunyai dua dinosaur berperisai di sana yang berkait rapat dengan Stegouros,” kata Soto. -AFP