Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun

Facebook
WhatsApp
SASTERAWAN Negara Datuk Seri Dr A Samad Said, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini pada usia 91 tahun. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 24 November: Sasterawan Negara Datuk Seri Dr Abdul Samad Muhammad Said, atau lebih dikenali sebagai A Samad Said, meninggal dunia hari ini pada usia 91 tahun.

Anak kedua Allahyarham, Helmy Abdul Samad, 63, ketika dihubungi Bernama memaklumkan ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 6.10 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

A Samad Said dimasukkan ke HKL petang semalam akibat sakit tua dan turut menghidap diabetes.

Tokoh yang dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka itu menerima Anugerah Sastera Negara pada 1985.

Beliau menghasilkan pelbagai karya merangkumi novel, cerpen, puisi, drama dan esei yang mengangkat pelbagai persoalan kehidupan serta realiti masyarakat.

Antara karya tersohor A Samad Said ialah novel Salina yang diterbitkan pada 1961 selain Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang dan Hujan Pagi.- Bernama

ASPIRASI umum Jileng Kion calon DUN Opar

KUCHING, 24 November: Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) mengumumkan Bendahari Agungnya, Jileng Kion, 70, sebagai calon parti itu bagi kerusi