MARUDI, 24 November: Menjelang Pilihan Raya Negeri ke-13 pada 12 Disember depan, banyak pihak sedang sibuk menyebarkan pelbagai maklumat dan cerita di media sosial yang mengkritik serta memutarbelitkan dasar-dasar kerajaan, program pembangunan dan projek-perojek yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuk bantuan-bantuan yang diberikan kepada rakyat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.
Katantya ada pihak yang giat mengritik kerajaan dengan pelbagai tohmahan semata-mata untuk meracuni pemikiran dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan serta pemimpin-peminpin kerajaan.

Menurut beliau golongan penghasut ini ingin mempermainkan emosi rakyat dengan apa cara sekalipun, asalkan rakyat berasa marah dan tidak berpuas hati terhadap kerajaan.
Tegasnya golongan ini menggunakan ‘Artificial Intelligence’ (AI) untuk menghasilkan video dan poster bagi menyebarkan maklumat serta cerita palsu tentang kerajaan dan pemimpin-pemimpin kita.
Katanya tujuan mereka adalah untuk mengelirukan dan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dan menggalakkan rakyat memberikan undi protes kepada kerajaan dalam PRN-13 ini nanti.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penangguhan Program Jangkaun, Setiausaha Politk / Majlis Taklimat dan Penerangan Inisiatif dan Strategi Pembvangunan Pasca Covi-19, 2026 , Negeri Sarawak, Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN ) Mulu yang telah berlangsung di Dewan Suarah Marudi petang semalam.
Program tersebut anjuran, Pejabat Setiausa Politik, Jabatan Premier Sarawak, Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Premier.
Dalam pada itu Gerawat berharap agar semua yang telah mendengar taklimat dan menerima perkongsian daripada jabatan serta agensi-agensi kerajaan yang turut serta dalam program ini dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat yang sama kepada ahli keluaraga, saudara mara, jiran dan rakan-rakan.
“Ini penting supaya mereka tidak terkeliru atau terpengaruh dengan tohmahan dan dakwaan pihak-pihak tertentu yang ingin meracuni pemikiran rakyat serta menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dan pemimpin-peminpin kerajaan termasuk Pemier Sarawak.
Katanya semua rakyat Sarawak, termasauk rakyat Mulu berhak mendapatkan maklumat yang betul, tepat dan lengkap berasaskan fakta dan bukannya desas desus atau khabar angin seperti yang sering disebarkan oleh golongan yang mempunyai agenda tersendiri dan ingin mnjatuhkan kerajaan.
Tambah beliau Sarawak akan terus kukuh, harmoni dan maju sekiranya rakyat dan kerajaan bergerak bersama serta bertindak berasaskan maklumat yang tepat, lengkap dengan persefahaman yang sama.
Sehubungan itu seramai 500 peserta hadir pada program tersebut dengan menampilkan 13 penceramah.
Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, selaku Penyelaras Program Jangkauan Setiausaha Politik bagi DUN Mulu, Abdul Samat Gany, Pegawai daerah, Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang dan Pengarah Wilayah Highland Develpomnet Authority, Juan Ubit.
Oleh Jiku Juguong




