KUALA LUMPUR, 23 November: Ahli MYguardian Rewards berpeluang memenangi sehingga 1 juta MYpoints menerusi cabutan bertuah harian selepas guardian Malaysia mempergiat usaha untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia melalui kempen promosi terkini yang berlangsung hingga 1 Disember ini.
Kempen itu, yang bermula pada 4 November lepas, menawarkan peluang kepada ahli untuk memenangi MYpoints yang boleh ditebus di lebih 100 premis rakan niaga, dengan seorang pemenang akan dipilih setiap hari.
Kenyataan guardian Malaysia memaklumkan ahli boleh menyertai kempen itu dengan membuat pembelian minimum RM30 dalam satu transaksi sama ada di stor fizikal mahupun secara dalam talian melalui aplikasi atau laman sesawang guardian.
“Setiap resit pembelian bernilai RM30 dan ke atas melayakkan ahli menyertai kempen ini, dengan peluang baharu untuk menang setiap hari.
“Selain hadiah utama, ahli juga berpeluang memenangi hadiah bonus bernilai sehingga RM2,000 yang merangkumi pelbagai produk teknologi kecantikan dan peranti pintar boleh pakai termasuk pengering rambut Dyson, topeng terapi cahaya LED Ulike dan jam tangan Apple Watch,” menurut kenyataan itu.
Antara rakan niaga yang mengambil bahagian ialah AirAsia, Ayu Borneo, Cotton On, Luckin Coffee, New York Skin Solutions, Poh Kong, Shopee, Trip.com, Yun Nam Hair Care dan Zus Coffee.
Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Singapura dan Brunei Anna Ng berkata kempen itu adalah satu lagi tanda penghargaan kepada ahli program kesetiaan yang telah menerima sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia.
“Sejak dilancarkan pada Mac 2025, MYguardian Rewards kini mempunyai lebih 8 juta ahli di seluruh negara sekali gus melayakkan program ini menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Pendaftaran Keahlian Terbesar dalam Program Ganjaran dalam Tempoh Setahun.
“Dengan lebih 550 stor guardian Malaysia di seluruh negara serta eStore kami, ahli boleh mengumpulkan MYpoints di samping menikmati pelbagai manfaat daripada rangkaian MYguardian Partners yang terus berkembang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Program Kesetiaan untuk guardian Malaysia dan Brunei Corynn Wong berkata pihaknya berhasrat menjadikan setiap pengalaman membeli-belah lebih bermakna serta menguntungkan pelanggan dengan memperluas peluang kepada ahli untuk mengumpul dan menebus MYpoints.
“Kesetiaan sememangnya membawa ganjaran! Ahli kami mempercayai guardian untuk memenuhi keperluan harian mereka, daripada kunjungan singkat ke farmasi hinggalah kepada menikmati sedikit masa untuk memanjakan diri dan kami mahu memastikan bahawa setiap kunjungan ke guardian akan menjadi pengalaman yang bermakna.
“Dengan seorang pemenang baharu 1 juta MYpoints setiap hari, siapa tahu, mungkin andalah ahli bertuah itu!” katanya.
Beliau berkata ahli kini mempunyai lebih banyak peluang untuk mengumpul MYpoints tambahan selain menikmati penebusan ganjaran gaya hidup yang lebih pelbagai sama ada untuk mendapatkan secawan kopi, perjalanan ke destinasi pilihan atau menikmati rawatan kecantikan.
Mereka yang belum menjadi ahli boleh mendaftar secara percuma menerusi proses pendaftaran digital sepenuhnya.
Terma dan syarat penuh kempen boleh didapati di laman sesawang https://guardian.com.my/. – Bernama




