KUCHING: Penyiapan Kemudahan-kemudahan Tangki Eksport LNG ISO di Pelabuhan Bintulu, dan penyiapan Lapangan Terbang Mukah adalah antara beberapa projek prasarana yang mendapat pujian oleh para pemimpin yang menghadiri Kemuncak Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina-Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) semalam.
Dua buah lagi projek lapangan terbang lain yang siap dibina ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Juwata di Tarakan (Kalimantan Utara, Indonesia) dan Lapangan Terbang General Santos Aerotropolis di Filipina.
Para pemimpin yang menghadiri Kemuncak BIMP-EAGA ke-14 yang diadakan secara maya itu percaya bahawa prasarana yang berkualiti, tidak berkelium, dan pelbagai model amat perlu bagi perdagangan, pergerakan manusia, dan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan dalam wilayah BIMP-EAGA.
Beberapa projek prasarana lainnya sekitar wilayah seperti Jambatan Sultan Omar Ali Saifuddien di Brunei Darussalam, Jalan Tol Manado-Bitung dan Balikpapan ke Jalan Tol Samarinda di Kalimantan, pelabuhan Manado dan Puerta Princesa di Filipina, turut disebut sebagai projek siap yang membanggakan.
Mereka juga menyedari akan kepentingan kerjasama dalam sektor tenaga, agro-industri dan pembangunan perikanan, sumber manusia dan sosiobudaya dan melanjutkan Inisiatif Kota Hijau.
Penglibatan yang lebih aktif dari kalangan sektor swasta dalam mempromosikan perdagangan, pelaburan, pelancongan, dan pembangunan sosioekonomi yang lainnya juga amat digalakkan, kata mereka.
Kemuncak BIMP-EAGA kali ini dipengerusikan oleh Presiden Republik Indonesia Joko Widodo dan dihadiri oleh para pemimpin dari Brunei Darussalam, Malaysia, Filipina, Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Sekretariat Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Kemuncak BIMP-EAGA 2021 dihadiri oleh Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hasannal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah; Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob; Presiden Filipina, Rodrigo Duterte; Ketua Pengarah Sekretariat ASEAN, Dato Lim Jock Hoi; dan Presiden ADB, Masatsugu Asakawa.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, selaku menteri bertanggungjawab atas BIMP-EAGA bagi Sarawak, mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Kemuncak BIMP-EAGA merupakan peristiwa bagi para pemimpin anggota mendapat maklumat terkini tentang perkembangan mutakhir di bawah inisiatif kerjasama wilayah BIMP-EAGA serta membincang cara menghala ke arah mempercepatkan pembangunan sekitar wilayah.
Para pemimpin BIMP-EAGA menegaskan semula iltizam mereka untuk sama-sama menangani impak Covid-19 dan meletakkan persediaan asas bagi pemulihan ekonomi. BIMP-EAGA akan mempertingkatkan lagi peranannya sebagai blok bangunan ASEAN dan para pemimpinnya bersetuju untuk mengambil langkah penentu dalam menyelaraskan pemulihan BIMP-EAGA serta langkah-langkah ketahanan dengan strategi umum rangka struktur Pemulihan Komprehensif ASEAN.
Para pemimpin menggalakkan bahawa pandemik telah gagal menyekat langkah mengagumkan kerjasama BIMP-EAGA terutama sekali dengan siapnya hampir satu pertiga daripada 27 Projek Prasarana Prioriti (PIPs) daripada 88 projek. Mereka beriltizam untuk memperkukuhkan kerjasama BIMP-EAGA dalam semua sektor, terbina atas pencapaian signifikan dalam konektiviti, dan memperkuatkan koridor ekonomi bagi melestarikan perdagangan dan rantaian pembekalan, menarik pelaburan berkualiti, dan mempromosikan pertumbuhan inklusif dalam norma baharu.
Oleh JEAKQLEYN YACHO