MUKAH: Tiga pasar raya di Bandar Mukah pada Isnin (25 Oktober) telah menerima Anugerah Kedai Harga Patut(AKHP) Tahun 2021 bagi Kategori Pasar Raya.
Penerima pasar raya tersebut ialah Everwin Supermarkat, Gafu Supermarket Sdn Bhd dan Medan Departmental Store Sdn Bhd.
Sijil AKHP tersebut telah disampaikan oleh Pemangku Residen Mukah, Shafrie Saili pada majlis yang diadakan di Bilik Persidangan Pusat Pentadbiran Baharu Mukah.
Nam Leong Departmental Store(Mukah) Sdn Bhd, Everwin Supermarkat, Gafu Supermarket Sdn Bhd dan Medan Departmental Store Sdn Bhd menerima Kategori Kedai Pakaian.
Sementara , A1 Stationery dan Chai Guan Stationery & Sport Equipment Co. penerima anugerah bagi Kategori Alat Tulis/Buku, dengan Kategori Pasar Mini pula adalah Nam Leong Departmental Store(Mukah) Sdn Bhd.
Turut hadir di majlis anjuran Pejabat Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Mukah, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah, Salihin Den, Timbalan Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah, Mohamad Rizal Sehe dan Pegawai-pegawai KPDNHEP.
Oleh HENRY B SIYU