KUCHING: Cawangan Emart ke-11 di Sarawak yang terletak di Pusat Komersial Demak Laut akan mulai beroperasi esok (1 Oktober) pada 9.00 pagi.
Pusat membeli-belah ini akan memudahkan semua penduduk di sekitar kawasan Sejingkat, Demak Laut, Bako dan Bintawa dengan semua keperluan penting boleh didapati di bawah satu bumbung.
Menurut kenyataan media, satu siri promosi dan penjimatan telah diatur khas untuk pelanggan di Emart Sejingkat mulai esok.
Jumlah keluasan tingkat atas dan bawah Emart Sejingkat adalah 25,000 kaki persegi.
Setiap hari, pelbagai jenis produk segar seperti makanan laut, ayam dan daging dihantar ke Emart Sejingkat.
Pelanggan boleh mendapatkan barang keperluan harian mereka di tempat yang bersih dan selesa.
Di tingkat bawah Emart Sejingkat, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis produk tempatan dan import termasuk buah dan sayur segar, barangan kering, barangan roti, minuman dan barangan runcit.
Di tingkat atas Emart Sejingkat pula, pelanggan boleh mendapatkan produk aksesori bayi, barang keperluan rumah dan aksesori, perabot DIY, barangan elektrik, barang keperluan rumah, perkakasan dan aksesori kereta.
Disamping itu, Penjagaan Peribadi, Penjagaan Rumah dan Lampin adalah kepakaran kami. Ini adalah untuk menyediakan lebih banyak kemudahan bagi penduduk di Kawasan Sejingkat.
Waktu operasi biasa bagi Emart Sejingkat adalah bermula 8.00 pagi hingga 9.30 malam setiap hari.
Orang ramai boleh berkunjung ke kaunter keahlian yang terletak di tingkat bawah untuk sebarang pertanyaan mengenai Keahlian Emart.
Selain itu, pelanggan juga boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui pautan: https://member.emart.my/register untuk mengurangkan kesesakan di kaunter keahlian.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai dan pelanggan dijemput untuk log masuk ke Laman web rasmi Emart www.emart.my atau laman facebook rasmi Emart Malaysia www.facebook.com/EmartMY.