KUCHING, 22 Oktober: Suasana Malam Backbenchers GPS bertambah meriah apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyertai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyanyikan lagu Biar Bekikis Bulu Betis.

Persembahan itu menceriakan majlis yang menghimpunkan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam suasana santai dan penuh kemesraan.
Sebelum itu, beberapa ADUN termasuk Datuk Snowdan Lawan, Datuk Abdullah Saidol, Dato Fazzruddin Abdul Rahman, Datuk Henry Harry Jinep dan Datuk Michael Tiang turut membuat persembahan nyanyian.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Terima Kasih Abang Jo, yang diadaptasi daripada lagu Terima Kasih nyanyian Awie, selain beberapa lagu lain.
Majlis Malam Backbenchers GPS itu turut menjadi platform mengeratkan hubungan dalam kalangan wakil rakyat GPS menerusi suasana santai, selari dengan tema Satu untuk Semua, Semua untuk Satu – Utamakan Sarawak.
Oleh Norman B





