KUCHING, 20 Oktober: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Padawan berjaya ditemukan dalam keadaan selamat di Bau.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William, berkata remaja berkenaan, Elaine Tou Xiao Hui, ditemukan kira-kira 8.40 malam ini.
Beliau berkata remaja itu kini telah kembali bersama keluarganya.
Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyebarkan maklumat berhubung kehilangan remaja berkenaan.
Menurut beliau, kerjasama orang ramai membantu usaha mengesan remaja itu sehingga berjaya ditemukan semula dengan selamat.
Oleh Connie Chieng




