Selena Gomez akui tabiat mengevap nikotin ubah suaranya

Facebook
WhatsApp
SELENA Gomez.

LONDON, 20 Oktober: Selena Gomez mengakui tabiat mengevap nikotin telah mengubah suaranya, laporkan PA Media/dpa.

Penyanyi dan pelakon AS berusia 34 tahun itu memberitahu bahawa beliau telah berhenti mengevap dan menggalakkan orang ramai melakukan perkara sama.

Bercakap dalam klip Instagram Stories, beliau berkata: “Saya tidak akan dapat mengubah suara saya. Saya kerap mengevap nikotin.”

Gomez berkata: “Nikotin sangat sukar untuk ditinggalkan. Saya rasa saya cuma mahu katakan jika anda sedang mengalaminya atau bercita-cita mahu mengevap, ia memang tidak berbaloi. Ia sangat bodoh dan ia telah mengubah suara saya.

“Jika anda semua tidak suka mendengar suara saya, itu sangat difahami, saya tidak kisah. Cuma jangan dengarnya.”

Gomez mendapati usaha menjauhi nikotin agak sukar, namun menggalakkan orang lain yang sedang cuba menghentikan tabiat itu supaya terus berusaha.

Beliau berkata: “Saya sangat teruja kerana telah berhenti dan saya berharap dapat mengekalkannya.

“Ia sangat sukar tetapi saya tahu jika anda sedang melaluinya, anda juga boleh mengatasinya. Ia memang menyusahkan.”

Gomez memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak dalam Barney & Friends dan kemudiannya meraih populariti lebih luas menerusi siri Disney Wizards Of Waverly Place (2007-2012).

Peranan filem terbaharunya ialah dalam Emilia Perez (2024) sebagai Jessica Del Monte.

Beliau memulakan kerjaya muzik pada era 2000-an dan telah mengeluarkan tiga album bersama kumpulannya, Selena Gomez & The Scene, serta tiga album solo.

Gomez berkahwin dengan penerbit muzik Benny Blanco pada September 2025.

Gomez mengidap lupus, penyakit autoimun yang menyebabkan kesakitan sendi, ruam kulit dan keletihan. – Bernama

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau

SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis syabu, semalam. Ketua Polis