Terbuka Denmark: Sze Fei-Nur Izzuddin mara, Tang Jie-Wen Tse terkandas

Facebook
WhatsApp
SZE Fei-Nur Izzuddin mara ke suku akhir selepas tewaskan Chia Weijie-Teo Ee Yi 21-18, 21-11.

KUALA LUMPUR, 16 Oktober: Beregu profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Denmark selepas menumpaskan rakan senegara Chia Weijie-Teo Ee Yi awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di SJF Bank Arena di Odense, gandingan yang berada di ranking keenam dunia itu tidak berhadapan masalah untuk menang straight set 21-18, 21-11 dalam tempoh 28 minit.

Tugas sukar menanti pasangan itu di suku akhir hari ini apabila bertemu gandingan nombor dua dunia Liang Wei Keng-Wang Chang dari China yang menewaskan pasangan Taiwan Fang Chih Lee-Fang Jen Lee 21-19, 21-15 dalam tempoh 35 minit.

Sementara itu, hasrat pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse untuk turut mara ke suku akhir tidak kesampaian apabila tunduk kepada gandingan keenam dunia dari China Chen Fang Hui-Guo Xin Wa.

Pasangan negara itu memberi tentangan sengit sebelum tewas 23-21,18-21, 20-22 dalam tempoh 65 minit. – Bernama

“Kami layak menang” – Aidil Sharin

PETRA JAYA, 16 Oktober: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menegaskan pasukannya layak memenangi perlawanan menentang Kitchee SC