Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir, Pang Ron-Pei Jing cipta kejutan

Facebook
WhatsApp
KEMENANGAN… Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark selepas mencatat kemenangan dua set ke atas Yap Roy King-Aaron Tai di Odense. Foto Fail Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Oktober: Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark selepas menewaskan rakan senegara Yap Roy King-Aaron Tai, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Arena SJF Bank di Odense, bekas juara dunia itu tidak berdepan masalah untuk menundukkan juara Terbuka Artik di Finland, Ahad lalu, menerusi kemenangan dua set 21-18, 21-11.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik, yang juga juara Terbuka Denmark 2023, bakal menentang pemenang pertembungan antara pasangan Jepun Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita dan gandingan China Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi bagi merebut tiket ke separuh akhir esok.

KEJUTAN… Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasangan ranking kelima dunia dari Thailand untuk mara ke suku akhir Terbuka Denmark. Foto Facebook BAM

Sementara itu, beregu campuran profesional negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasangan Thailand yang menghuni ranking kelima dunia Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran untuk turut melangkah ke suku akhir.

Pasangan yang menduduki ranking ke-51 dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan untuk meraih kemenangan dua set 21-7, 21-11 dalam tempoh 24 minit.

Pang Ron-Pei Jing akan menentang pemenang perlawanan pusingan kedua antara gandingan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue dan pasangan Jepun Akira Koga-Natsu Saito, yang berlangsung hari ini.- Bernama

Kuching City diikat Kitchee 1-1

PETRA JAYA, 15 Oktober: Kuching City FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang wakil Hong Kong, Kitchee SC,

Kuching City diikat Kitchee 1-1

PETRA JAYA, 15 Oktober: Kuching City FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang wakil Hong Kong, Kitchee SC,