APM Debak musnahkan sarang tebuan di Kampung Medang

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM Debak bertindak pantas memusnahkan sarang tebuan yang ditemui di kawasan kebun di Kampung Medang susulan aduan orang awam. Foto APM Debak

DEBAK, 14 Oktober: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Debak memusnahkan sarang tebuan yang ditemukan di kawasan kebun di Kampung Medang susulan aduan orang awam, semalam.

Menurut kenyataan APM Debak, tindakan itu diambil bagi mengurangkan risiko sengatan tebuan serta memastikan keselamatan pengadu dan penduduk di kawasan sekitar.

Setibanya di lokasi, anggota APM menjalankan pemeriksaan dan menilai keadaan sarang sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Sarang tebuan itu berjaya dimusnahkan menggunakan kaedah pembakaran bagi menghapuskan risiko yang boleh membahayakan penduduk setempat.

APM Debak turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri sarang tebuan atau cuba memusnahkannya sendiri kerana tindakan itu boleh mengundang risiko sengatan dan kecederaan.

Sebaliknya, sebarang penemuan sarang tebuan hendaklah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Debak menerusi talian 083-464553 atau talian kecemasan 999.

Oleh Adi Safarman