APM Debak bantu mangsa kemalangan di Jalan Suri

Facebook
WhatsApp
KEMALANGAN jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih di Jalan Suri. Foto APM Debak

DEBAK, 14 Oktober: Seorang mangsa mengalami kecederaan patah pergelangan tangan kiri dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih di Jalan Suri, hari ini.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Debak, lima anggotanya digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kemalangan itu bagi memberikan bantuan awal kepada mangsa.

Mangsa diberikan bantuan awal di lokasi sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Debak untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

ANGGOTA APM Debak melakukan rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Debak. Foto APM Debak

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu, mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada demi keselamatan diri dan pengguna lain.

Orang ramai yang memerlukan bantuan atau berdepan situasi kecemasan boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Debak menerusi talian 083-464553 atau talian kecemasan 999.

Oleh Adi Safarman