Ular senduk ditemukan di halaman rumah di Jalan Chengal

Facebook
WhatsApp
BERBISA....Anggota bomba menggunakan alat penangkap ular untuk mengendalikan seekor ular senduk yang ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Chengal. Foto BBP Sarikei

SARIKEI, 14 Oktober: Kehadiran seekor ular senduk di halaman sebuah rumah di Jalan Chengal menyebabkan penghuni mendapatkan bantuan pihak bomba bagi menangkap reptilia tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan ular tersebut pada 4.38 petang semalam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Hilary Pitre Ambit digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap ular tersebut.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seekor ular senduk berada di halaman rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, operasi bermula pada 4.41 petang dengan anggota bomba menggunakan alat penangkap ular bagi mengendalikan reptilia berbisa.

“Anggota bomba menangkap ular tersebut menggunakan alat penangkap ular sehingga berjaya sebelum melepaskannya semula ke habitat asal yang jauh dari kawasan penempatan awam.

“Khidmat khas menangkap ular ditamatkan sepenuhnya pada 4.56 petang,” katanya.

Oleh Earl Anek