Penguang hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran di Marudi

Facebook
WhatsApp
PRIHATIN…Pemanca Wong Kiong Ching bagi mewakili Datuk Dr Penguang Manggil menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Limbang Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI, 13 Oktober: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Limbang, di sini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh wakil beliau, Pemanca Wong Kiong Ching, kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Kebakaran yang berlaku pada Sabtu lalu, kira-kira 8.26 malam, melibatkan sebuah rumah separuh kekal yang mempunyai struktur kayu di bahagian atas dan konkrit di bahagian bawah.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Oleh Jiku Juguong