Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR, 13 Oktober: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM42.32 bilion dalam pasaran konvensional dan RM29.60 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik tujuh hari berjumlah RM5 bilion.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula (SBBA) serta murabahah komoditi bercagar (CCM) bagi satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM47.3 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM29.6 bilion.- Bernama