KOTA SAMARAHAN, 12 Oktober: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan selepas polis merampas 12 paket plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat kira-kira lapan gram dalam pemeriksaan di kaki lima sebuah premis di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, dadah berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM400.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan itu turut mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine menerusi ujian saringan awal air kencing.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Oleh Connie Chieng



