PETRA JAYA, 10 Oktober: Seramai 35 individu menerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Sambutan Hari Jadi Ke-80 Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada istiadat pengurniaan di Dewan Istiadat, Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.
Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato Sri Awang Bemee Awang Ali Basah, mendahului senarai penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.).
Turut menerima darjah kebesaran yang sama ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Dato Sri Azizah Nawawi; Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dato Sri Abdul Wahab Aziz; Dato Sri Tay Ah Ching @ Tay Chin Kin; serta Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohamad Zainal Abdullah, menurut maklumat yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi JAPEN.

Sementara itu, tiga individu menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) yang membawa gelaran Datuk.
Mereka ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dean Wayne Daly; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Idris Buang; dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Enam individu pula menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.) yang membawa gelaran Datu.
Penerimanya ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datu Dzulkornain Masron; Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Morshidi Fredrick; Pengarah Unit Diplomasi Iklim dan Tenaga (SACED), Datu Ir. Ts. Dr. Angelia Liew San Chuin; Pengarah Pertanian Sarawak, Datu Dominic Chungat; Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak merangkap Setiausaha Majlis Islam Sarawak, Datu Mual Suaud; serta Pengurus Besar Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak merangkap Pengarah Urusan Pusat Sains Sarawak, Datu Ts. Dr. Peter Morin Michael Paong.
Istiadat diteruskan dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) kepada 22 penerima yang membawa gelaran Dato.

Antara penerimanya ialah Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhjaya Polis Dato Mohamad Zainal Abdullah; Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato Mohd Sobirin Mohd Yusof; Senator Dato Rita Sarimah Patrick Insol; Senator Dato Susan Chemerai Anding; serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.39 Krian, Dato Friday Belik.
Turut menerima darjah kebesaran itu ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dato Dr Ahmad Hata Rasit; Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dato Dr Veronica Lugah; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dato Omar Mahli; dan Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dato Dr Firdaus Abdullah.
Senarai penerima turut merangkumi Pengarah Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sarawak, Dato Abang Ehsan Abang Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Sovereign Wealth Future Fund (SSWFF), Dato Abang Rahmat Shobra Yusuf; Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Sdn Bhd, Dato Shariman Jamil; Dato Azerina Mohd Arip; Dato John Ko Wai Seng; Ir. Profesor Dato Lau Hieng Ho; Dato Lau Kim Swee; Dato Sim Yaw Hang; Dato Kong Chiong Ung; Temenggong Dato Abdullah Jamil; Temenggong Dato Chek Bujang; Temenggong Dato Henry Bujang Sendan; serta mendiang Dato Sibat Buyong.
Hadir sama pada istiadat itu ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Datuk Abang Openg; Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; serta Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
Oleh Afiq Sallehi




