Yeo’s lancar Teriyaki Tuna buat pertama kali DI Malaysia

Facebook
WhatsApp
MAJLIS pelancaran Yeo’s Teriyaki Tuna buat pertama kali di Malaysia menerusi kempen Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam. Foto Agensi

KUALA LUMPUR, 4 Oktober: Yeo’s melancarkan Yeo’s Teriyaki Tuna buat pertama kali di Malaysia menerusi kempen Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist yang diadakan di Piazza Aras Bawah, The Starhill, Bukit Bintang, semalam.

Pengurus Besar Yeo’s Malaysia Tan Mei Yen berkata pelancaran produk itu mencerminkan komitmen syarikat untuk terus meneroka inspirasi perisa baharu seiring dengan perubahan cita rasa dan gaya hidup pengguna.

“Yeo’s sentiasa didorong inovasi seiring dengan perubahan cita rasa serta gaya hidup pengguna. Daripada menjadi antara yang terawal di Malaysia memperkenalkan kari ayam dalam tin, hinggalah menawarkan cita rasa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, kami terus meneroka inspirasi perisa baharu untuk menawarkan pilihan yang lebih segar dan relevan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Yeo’s Teriyaki Tuna menampilkan isi tuna yang lembut dipadankan dengan sos teriyaki berperisa savuri dan manis, manakala Yeo’s turut memperkenalkan varian baharu Yeo’s Tuna Cili Pedas.

Tan berkata pengenalan produk tuna itu turut mengambil kira penerimaan pengguna di Malaysia, selain menawarkan pilihan makanan yang mudah disediakan.

Menurut kenyataan Yeo’s, tuna merupakan ikan laut keempat yang paling kerap dimakan dalam kalangan responden yang dikaji di Semenanjung Malaysia berdasarkan kajian Pemakanan dan Nutrisi.

YEO’S Teriyaki Tuna dan Yeo’s Tuna Cili Pedas produk terbaharu yang dilancarkan buat pertama kali di Malaysia menerusi kempen Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam. Foto Agensi

Berdasarkan laporan Jabatan Perikanan Malaysia, sebanyak 431,000 kilogram tuna bernilai RM7.76 juta dibawa masuk ke Pulau Pinang pada 2024, meningkat lebih dua kali ganda berbanding 2023.

“Kami sedar bahawa rakyat Malaysia menggemari makanan yang mudah, serba guna dan menyelerakan. Menerusi Yeo’s Teriyaki Tuna, pengguna boleh menikmati kelazatan rasa teriyaki savuri dan manis dalam hidangan harian mereka, sama ada dinikmati begitu sahaja, dipadankan bersama nasi atau mi, mahupun digunakan untuk menghasilkan resipi tersendiri.

“Selain menawarkan perisa baharu, Yeo’s Teriyaki Tuna juga mempunyai kandungan protein yang tinggi serta merupakan sumber omega-3, sekali gus menawarkan pilihan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi kepada pengguna,” katanya.

Kempen yang berlangsung selama tiga hari dari 2 hingga 4 Oktober itu turut menampilkan pelbagai aktiviti bertemakan budaya Jepun, termasuk hidangan istimewa Yeo’s Teriyaki Tuna, stesen pengumpulan setem, reruai foto bertemakan Jepun, permainan mesin kapsul Gashapon dan pertandingan peragaan kostum watak.

Dalam pada itu, Yeo’s turut menganjurkan Peraduan Yeo’s ke Jepun – Menangi Tiket ke Jepun yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 November, dengan 12 pemenang bertuah akan dipilih. – Bernama