KUCHING: Lubok Antu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 153 setakat 9.00 pagi ini, yang berada pada tahap tidak sihat.
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan lain turut mencatat bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Sri Aman (152), Serian (126) dan Belaga (117).
Sementara itu, 16 stesen pemantauan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana, antaranya Lundu (97), Samarahan (92), Tebedu (91), Bintulu (91), Kuching (90), Kanowit (86), Kapit (82), Sarikei (80), Sibu (80), Samalaju (71), Mukah (68), Miri (60), Lawas (59), Limbang (57) dan ILP Miri (52).
Bario pula mencatat bacaan IPU 25, sekali gus berada pada tahap baik.
Menurut JAS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Betong (MCAQM) pula tidak mempunyai data terkini bagi tempoh berkenaan.



