Buaya 4.75 meter ditangkap di Marudi

Facebook
WhatsApp
DITANGKAP...Seekor buaya berukuran lebih empat meter berjaya ditangkap Team Eric Cat dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu operasi di Marudi.

MIRI: Seekor buaya besar berukuran  lebih empat meter  berjaya ditangkap Team Eric Cat dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu operasi di Marudi.

Menurut Team Eric Cat menerusi hantaran di Facebook hari ini, operasi berkenaan dijalankan bagi menjaga keselamatan penduduk setempat serta mengurangkan risiko ancaman buaya kepada komuniti.

“Operasi ini dijalankan demi keselamatan penduduk setempat dan bagi mengurangkan risiko ancaman buaya kepada komuniti,” menurut hantaran berkenaan.

Buaya berkenaan antara reptilia bersaiz besar yang berjaya ditangkap dalam operasi kawalan hidupan liar di kawasan terbabit.

Kerjasama antara Team Eric Cat dan SFC turut membolehkan tindakan diambil bagi mengurangkan risiko kehadiran buaya yang boleh mengancam keselamatan penduduk, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko.

Oleh Liong Chai Ling