KUCHING: Kualiti udara di Sarawak kekal pada tahap baik dan sederhana dengan tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8.00 pagi hari ini.
Berdasarkan data NREB, sebanyak lima lokasi merekodkan kualiti udara pada tahap baik, manakala 15 lokasi lain berada pada tahap sederhana.
Bario merekodkan bacaan IPU terendah iaitu 20, diikuti Limbang (36), Lawas (38), Miri (48) dan ILP Miri (50), yang kesemuanya berada pada tahap baik.
Sementara itu, Kanowit mencatat bacaan tertinggi pada tahap sederhana iaitu 95, diikuti Sri Aman (79), IPD Serian (77), Samarahan (76), Tebedu (76) dan Lubok Antu (76).
Kuching pula merekodkan bacaan IPU 70, manakala Lundu dan Kapit masing-masing 63, Sibu serta Betong (60), Bintulu dan Samalaju (58), Sarikei (57) dan Mukah (54).
Belaga turut merekodkan bacaan 60, menjadikan kesemua lokasi pemantauan di Sarawak setakat 8 pagi berada dalam kategori baik atau sederhana.
Oleh Adele Rissa





