SIBU: Orang ramai adalah dijemput untuk menyertai kempen derma darah ‘Liansin A Gift of Life’ di Delta Mall, di sini pada Ahad ini.
Kempen yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang itu, bertujuan menggalakkan orang ramai tampil menderma darah sekali gus membantu memenuhi keperluan bekalan darah.
Setiap penderma yang berjaya akan menerima satu kotak enam paket Haryana Healthy Rice (335 gram setiap satu paket) serta satu beg lipat edisi terhad sebagai tanda penghargaan.
Orang ramai khususnya warga Sibu digalakkan mengambil peluang berkenaan untuk menderma darah dan bersama-sama membantu menyelamatkan nyawa.
Kempen itu membawa tema ‘You Have The Power To Save Lives – Donate Blood, Create Hope’.



